Sikap dan motivasi pelajar bukan penutup jati dalam pembelajaran Bahasa Arab di Jepun

Peningkatan bilangan masyarakat Jepun yang mempelajari bahasa Arab turut memacu pertambahan bilangan pusat pembelajaran bahasa Arab untuk masyarakat awam di sana. Selain universiti dan sekolah, pelbagai institusi swasta turut membuka ruang dan peluang pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat J...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Shahirah Mohd Zakri (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Languages and Communication
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Peningkatan bilangan masyarakat Jepun yang mempelajari bahasa Arab turut memacu pertambahan bilangan pusat pembelajaran bahasa Arab untuk masyarakat awam di sana. Selain universiti dan sekolah, pelbagai institusi swasta turut membuka ruang dan peluang pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat Jepun. Dorongan minat yang mendalam terhadap bahasa dan budaya serta perkembangan pesat bahasa Arab sendiri menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Kesungguhan masyarakat Jepun mempelajari bahasa Arab yang didasari oleh amalan kaizen dan budaya positif menjadi fokus utama kajian ini memandangkan rata-rata mereka bukanlah golongan Muslim yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa Islam. Oleh kerana sikap dan motivasi merupakan pemboleh ubah yang banyak memberi kesan kepada penguasaan bahasa kedua, kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar bukan penutur jati yang mempelajari bahasa Arab di Sekolah Islam Antarabangsa YUAI, Tokyo. Kajian ini meneroka sikap responden dari tiga aspek utama 'iaitu aspek afektif, kognitif dan konatif. Manakala aspek motivasi pula ditinjau dari dua aspek orientasi motivasi yang utama 'iaitu instrumental dan integratif. Kaj ian ini ialah kajian kes yang menggunakan metodologi kualitatif dan disokong oleh kuantitatif. Data dikutip melalui temu bual separa berstruktur dan soal selidik 32 item yang diedarkan kepada 24 orang pelajar. Kedua-dua instrumen telah ditentukan kesahan dan kebolehpercayaannya oleh pakar penilai. Data temu bual yang telah ditranskripkan, dianalisis melalui pengekodan dan penghasilan tema secara manual. Data soal selidik pula dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi dan peratusan dalam perisian SPSS 20. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden mempamerkan peratusan yang tinggi bagi ketiga-tiga aspek sikap yang ditinjau. Dari segi afektif, semua pelajar suka mempelajari bahasa Arab malah menyatakan bahawa bahasa Arab menyeronokkan. Dari segi kognitif pula, semua pelajar berpendapat bahasa Arab memberi manfaat meskipun ia adaJah bahasa sukar kerana pelajar sedar tentang kegunaan dan kepentingan bahasa tersebut. Manakala dari segi konatif, pelajar menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dalam pembelajaran serta sentiasa berusaha mempelajari bahasa Arab. Bagi aspek motivasi pula, pelajar didapati mempunyai motivasi integratif yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab berbanding motivasi instrumental ekoran minat mereka yang tinggi terhadap bahasa, budaya dan orang Arab. Kajian ini menonjolkan kesungguhan pelajar di Jepun dalam mendalami bahasa Arab sekalipun sebahagian besar mereka merupakan golongan bukan Islam. Malah, sikap dan motivasi mereka yang tinggi dalam mempelajari bahasa Arab yang dicetuskan oleh motivasi integratif dan bukan instrumental adalah sesuatu yang wajar diketengahkan. Justeru, kaj ian ini mengesyorkan agar aspek positif yang menggerakkan sikap dan motivasi para pelajar ini diperhalusi agar budaya positif ini boleh diterapkan ke dalam diri pelajar Malaysia melalui Dasar Pandang ke Timur.
Physical Description:xxiii, 170 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 124-139)