برنامج مقترح لتطوير منهج قواعد اللغة العربية للصف الأول الثانوي بالمدارس العربية في مالي في ضوء التجارب العالمية

Dapatan kajian lepas banyak menunjukkan bahawa sukatan pelajaran tatabahasa Arab di peringkat sekolah-sekolah menengah Arab di Mali tidak dibina berasaskan illmiah dan kaedah pendidikan yang betul terutamanya daripada aspek susunan sukatan pelajaran dari tahap rendah kepada tinggi, kepenggunaannya d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: جاكاريج كيتا (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Dapatan kajian lepas banyak menunjukkan bahawa sukatan pelajaran tatabahasa Arab di peringkat sekolah-sekolah menengah Arab di Mali tidak dibina berasaskan illmiah dan kaedah pendidikan yang betul terutamanya daripada aspek susunan sukatan pelajaran dari tahap rendah kepada tinggi, kepenggunaannya dalam skop yang lebih luas serta kepentingannya kepada pelajar. Kajian rintis yang dijalankan menunju tahap spesifikasi standard kurang dititikberatkan dalam proses pengembangan sukatan pelajaran. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti realiti pengembangan sukatan pelajaran tatabahasa Arab di peringkat menengah bagi sekolah-sekolah Arab, Mali mengikut spesifikasi standard, pembinaan spesifikasi standard dalam sistem pengembangan sukatan pelajaran, menghasilkan set program cadangan bagi pengembangan sukatan pelajaran tingkatan satu bagi tatabahasa Arab di sekolah-sekolah Arab, Mali mengikut perspektif antarabangsa dan perlaksanaan satu unit pelajaran dari set program bagi melihat kesannya terhadap peningkatan pencapaian pelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Untuk mencapai matlamat ini, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif melibatkan deskriptif dokumentari, deskriptif tinjauan, semi-eksperimen, menggunakan dokumen- dkumen rasmi, temubual, dan ujian penilaian. Responden kajian terdiri daripada pegawai Kesatuan Guru-Guru Kebangsaan Sekolah Arab, ketua-ketua bahagian sekolah di Kementerian, Literasi dan Bahasa Kebangsaan, guru-guru bahasa Arab dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mendaftar pada sesi 2015-2016 di Mali. Bilangan sampel seramai 11 orang dipilih secara bertujuan untuk ditemubual dan seramai 60 orang pelajar tingkatan satu dijadikan kumpulan eksperimen dan kawalan. Kajian mendapati amalan pengembangan sukatan pelajaran tatabahasa Arab di sekolah menengah Arab, Mali lebih memfokuskan kepada penyempumaan kekurangan yang ada dalam kandungan sahaja, manakala penekanan terhadap spesifikasi standard pengembangan berbeza tahap kewujudannya. Kajian ini juga telah menghasilkan satu senarai spesifikasi standard terkini bagi proses pengembangan sukatan pelajaran tatabahasa Arab tingkatan satu di sekolah menengah Arab, Mali yang mengandungi 134 item, dan satu set program pengembangan sukatan pelajaran tatabahasa Arab mengikut perspektif antarabangsa dan satu unit pelajaran daripada set program untuk dilihat kesannya terhadap peningkatan pencapaian pelajaran dalam kalangan pclajar tingkatan satu. Keputusan ujian pencapaian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (0.05) di antara skor purata bagi kedua-dua kumpulan (eksperimen dan kawalan) dalam pascaujian yang menyebelahi kumpulan eksperimen. Kajian ini mencadangkan supaya diambil manfaat dalam pengembangan sukatan pelajaran tatabahasa Arab tingkatan satu, di sekolah-sekolah menengah Arab, Mali, mengikut perspektif antarabangsa terhadap senarai spesifikasi standard yang dibina, set program cadangan pengembangan sukatan pelajaran, satu set unit pelajaran tatabahasa Arab dan panduan guru dalam pengajaran.