Summary: | Dunia dikejutkan dengan krisis kewangan global yang sekitar pada tahun 2007-2008. Krisis kewangan global 2007-2008 adalah paling teruk semenjak Kemelesetan Besar pada 1930-an. Krisis bermula daripada kejatuhan pasaran pajak gadai subprima di Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke Eropah. Akibatnya, zon Eropah menghadapi krisis hutang kerajaan yang serius. Sejak tahun 2009, para pelabur telah menyatakan kebimbangan mereka tentang krisis hutang yang akan berkembang di Eropah dan meletakkan masa depan Kesatuan Eropah dalam risiko. Tiga negara iaitu Greece, Ireland dan Portugal telah meminjam wang aripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan dari negara-negara Eropah lain untuk mengelak dari bangkrap. Pernyataan masalah yang hendak dikemukakan adalah Greece berdepan dengan masalah hutang, belanjawan defisit, terperangkap dalam kemuflisan, daya saing yang rendah dan kelembapan ekonomi menebal. Kesan daripada krisis kewangan ini membawa ke kancah masalah ekonomi dan pembangunan sosial rakyat Greece. Malah, agensi penarafan Standard & Poor's telah menuruntaraf bon kerajaan Greece. Disebabkan itu, Greece telah mula melakukan langkah-langkah penjimatan dan memohon pinjaman kewangan daripada IMF dan EU. Pada Mei 2010, EU dan IMF telah bersetuju memberi bantuan kewangan dengan syarat-syarat pembiayaan yang ketat. Tindakan Greece melakukan langkah-Iangkah penjimatan mendapat bantahan daripada rakyat Greece. Mereka merusuh ke jalan raya sebagai membantah dasar tersebut. Krisis kewangan yang dihadapi oleh Greece ini juga menimbulkan persoalan masa depan zon euro dan mata wang tunggal euro. Kajian ini adalah untuk membincangkan secara tuntas mengenai punca-punca dan kesan-kesan krisis kewangan di negara Greece. la menyediakan keseluruhan latar belakang politik ekonomi Greece, bersall1a-sama dengan asas krisis kewangan dan apa yang membawa Greece ke kancah krisis. Kajian ini juga akan melihat krisis kewangan Greece dari sudut pandang teori Marxism dan bagaimana Marxism menerangkan krisis ini. Kaedah penyelidikan yang digunakan berbentuk kualitatif dengan menggunakan datadata daripada EU, IMF serta agensi-agensi lain berkaitan. Dapatan kajian mendapati Greece mempunyai masalah untuk membayar hutang dan memulihkan kembali kekuatan ekonomi. Dapatan hasil kajian juga menjukkan teori Marxisme yang menjangkakan sistem kapitalis akan membawa kemusnahan ekonomi adalah benar.
|