Reka bentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran matematik VATrans yang berasaskan penggabungan pemikiran visualisasi dan analisis

Proses pembelajaran matematik yang bermakna banyak berasaskan kepada aktiviti mental melibatkan proses mencari, membina dan mengaplikasi perhubungan atau perkaitan secara logik serta membentuk kefahaman intuitif mengenai sesuatu konsep. Aktiviti ini amat berkait rapat dengan dua jenis pemikiran mate...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu, Mohd. Salleh, Tan, Wee Chuen
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/980/
http://eprints.utm.my/980/1/JT34E1.pdf
Description
Summary:Proses pembelajaran matematik yang bermakna banyak berasaskan kepada aktiviti mental melibatkan proses mencari, membina dan mengaplikasi perhubungan atau perkaitan secara logik serta membentuk kefahaman intuitif mengenai sesuatu konsep. Aktiviti ini amat berkait rapat dengan dua jenis pemikiran matematik dinamakan Visualisasi dan Analisis. Lazimnya, pembelajaran matematik yang berkesan bukan sahaja memerlukan pelajar mengamalkan kedua-dua jenis pemikiran ini tetapi juga ia perlu dilakukan secara bergabung. Keperluan penggabungan kedua-dua jenis pemikiran ini menjadi lebih jelas dalam beberapa topik matematik khususnya yang memerlukan pelajar membuat penaakulan dan konfigurasi ruang, misalnya Translasi. Artikel ini mencadangkan asas rekabentuk pembangunan prototaip perisian pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi komputer (dinamakan VATrans) yang boleh bertindak sebagai alat pembelajaran (learning tool) yang membantu pelajar dalam mempertingkatkan penggabungan kedua-dua jenis pemikiran berkenaan dalam proses pembelajaran matematik.