Penentuan parameter teori erapan mod duaan (dual sorption theory) untuk gas N2

Terdapat dua teori yang selalu digunakan bagi menerangkan mekanisma molekul gas melalui membran polimer iaitu teori isipadu bebas bagi membran polimer bergetah (rubber polymer) dan teori erapan mod duaan (TEMD) bagi membran polimer berkaca (glassy polymer). TEMD mempunyai parameter yang tersendiri d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azoddein, Abd Aziz, Saidi, Hamdani
Format: Article
Language:English
Published: Jawatankuasa Penyelidikan & Perundingan, Fakulti Kej. Kimia & Kej. Sumber Asli, UTM 1994
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/4830/
http://eprints.utm.my/4830/1/AbdAziz1994_PenentuanParameterTeoriErapanMod.pdf
Description
Summary:Terdapat dua teori yang selalu digunakan bagi menerangkan mekanisma molekul gas melalui membran polimer iaitu teori isipadu bebas bagi membran polimer bergetah (rubber polymer) dan teori erapan mod duaan (TEMD) bagi membran polimer berkaca (glassy polymer). TEMD mempunyai parameter yang tersendiri dalam menerangkan mekanisma yang berlaku. Dalam kajian ini parameter kD, CH’, b yang ditentukan dengan meggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh Vieth (kaedah graf). Ujian erapan dilakukan dengan menggunakan alatan erapan ASAP 2000 berdasarkan gas N2 pada tekanan di bawah 1 atm untuk menentukan nilai parameter TEMD. Nilai parameter TEMD yang diperolehi digunakan untuk meramalkan kebolehtelapan gas N2 melalui membran polimer selulos asetat yang dihasilkan oleh Unit Penyelidikan Membran, UTM. Dalam kajian ini kaedah menentukan nilai parameter TEMD dengan menggunakan ujikaji erapan dengan tekanan di bawah 1 atm telah dapat menentukan parameter tersebut.