Development Of Manufacturing Cell
Sistem pembuatan sel merupakan gabungan beberapa mesin boleh aturcara yang dapat memproses pelbagai komponen yang terdiri daripada keluarga yang sama. Ia mula dikenali pada 1920-an dan kini berkembang luas dalam bidang perindustrian. Sistem ini juga saling bertukaran dengan sistem pembuatan an...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Sains Malaysia
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/57045/ http://eprints.usm.my/57045/1/Development%20Of%20Manufacturing%20Cell_Ong%20Toon%20Sai.pdf |
| Summary: | Sistem pembuatan sel merupakan gabungan beberapa mesin boleh aturcara
yang dapat memproses pelbagai komponen yang terdiri daripada keluarga yang
sama. Ia mula dikenali pada 1920-an dan kini berkembang luas dalam bidang
perindustrian. Sistem ini juga saling bertukaran dengan sistem pembuatan anjal
bergantung kepada aplikasi, kesukaran, saiz sistem dan lain-lain.
Untuk itu, projek ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang
kegunaan automasi dalam bidang perindustrian. Seterusnya, merekabentuk satu
sistem pengawalan automatik dengan penggunaan pengaturcaraan kawalan
logik (PLC).
Secara umumnya, kajian ini dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat
pertama ialah membuat kajian ilmiah tentang pembuatan sel supaya boleh
mengetahuinya secara lebih dalam. Peringkat kedua ialah mempelajari perisian perisian seperti WINCAPS dan PLC yang perlu digunakan dalam projek.
Manakala peringkat yang terakhir ialah menjalankan ujian kepada aturcara yang telah direkabentuk.
Selepas melalui peringkat-peringkat ini, satu sistem automasi yang
menggunakan robot, penghantar dan pengesan diperolehi. Dalam sistem ini,
robot akan mengangkat benda objek yang dibawa oleh penghantar dari satu
kedudukan ke kedudukan yang lain di mana kedua-dua kedudukan objek ini
terletaknya pengesan yang akan memberi isyarat kepada robot untuk beroperasi.
Selain itu, satu penghalang diletak pada kedudukan pertama bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan objek yang akan diambil dan semua operasi ini adalah
dikawal oleh PLC. |
|---|