Hubungan di antara Harga Minyak Kelapa Sawit, Harga Minyak Soya dan Harga Minyak Mentah Dunia

Minyak sawit dan minyak kacang soya merupakan dua minyak berasaskan tumbuhan yang amat berpengaruh di dunia. Selain daripada harga kedua-dua minyak tumbuhan ini, harga minyak mentah dunia juga dikatakan turut mempengaruhi harga minyak itu sendiri. Harga minyak mentah dunia pula seringkali berubah-ub...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasim, Abdul Malik
Format: Book Section
Language:English
Published: School of Social Sciences 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/37607/
http://eprints.usm.my/37607/1/sspis_2015_ms292_-_302.pdf
Description
Summary:Minyak sawit dan minyak kacang soya merupakan dua minyak berasaskan tumbuhan yang amat berpengaruh di dunia. Selain daripada harga kedua-dua minyak tumbuhan ini, harga minyak mentah dunia juga dikatakan turut mempengaruhi harga minyak itu sendiri. Harga minyak mentah dunia pula seringkali berubah-ubah dan mempengaruhi prestasi ekonomi dunia. Kajian ini akan melihat sekiranya wujud hubungan antara harga minyak sawit, harga minyak kacang soya dan juga harga minyak mentah dunia. Harga minyak kacang soya diambil kira kerana minyak kacang soya merupakan pesaing rapat minyak kelapa sawit. Bagi melihat kewujudan hubungan antara tiga pembolehubah ini, kaedah ARDL akan diadaptasi dengan menggunakan data harga minyak sawit dunia, harga minyak soya dunia serta harga minyak petroleum dunia bagi tempoh masa tahun 1980 sehingga 2013. Ujian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Augumented Fulller Dickey (ADF), Phillip Perron (PP) bagi menguji kepegunan data dan menggunakan prosedur ekonometrik dalam ujian bagi sebab dan akibat melalui penggunaan ujian Granger untuk memastikan sama ada wujudnya hubungan antara pembolehubah. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan jangka panjang antara harga minyak soya dengan harga minyak kelapa sawit dan harga minyak mentah dunia apabila harga minyak sawit sebagai pembolehubah bersandar. Kajian ini juga mencadangkan beberapa dasar yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan industri kelapa sawit di Malaysia.