Minggu Kecekapan Tenaga Bersama Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia
MINDEN, APRIL 2016 - Minggu Kecekapan Tenaga merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh Sukarelawan Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh warga kampus berkaitan kecekapan tenaga. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
2016
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.usm.my/33227/ http://eprints.usm.my/33227/1/MINGGU_KECEKAPAN_TENAGA_BERSAMA_KAMPUS_SEJAHTERA%2C_UNIVERSITI_SAINS_MALAYSIA.pdf |
| Summary: | MINDEN, APRIL 2016 - Minggu Kecekapan Tenaga merupakan satu program tahunan yang dijalankan oleh
Sukarelawan Kampus Sejahtera, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada
seluruh warga kampus berkaitan kecekapan tenaga. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE & GT) merupakan pusat kecemerlangan yang diberikan amanah dan
tanggungjawab oleh USM dalam membantu Sukarelawan Kampus Sejahtera serta memberi kesedaran berkaitan
kecekapan tenaga kepada seluruh warga kampus .
Pelbagai maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar – pelajar USM berkaitan program yang dilaksanakan ini.
Ilmu pengetahuan dan kesedaran secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri pelajar – pelajar USM yang
berkunjung serta melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sukarelawan Kampus
Sejahtera.
Program berlangsung selama dua hari di mana terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi merialisasikan hasrat
Profesor Dato’ Dr. Omar Osman , Naib Canselor USM dalam saranannya kepada semua warga kampus agar
mengamalkan penjimatan tenaga di USM. Antaranya ialah Diskusi, Talk Series “Kelestarian Kluster Tenaga” yang
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Wira Bin Mohd. Shafiei, Pengarah CETREE>, Kuiz, Speaker Corner dan
Pameran ( Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau CETREE>). |
|---|