Scaffolding melalui pembelajaran berasaskan projek terhadap perubahan pencapaian murid: kajian dalam mata pelajaran prinsip perakaunan

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang seringkali diberikan penekanan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Bersesuaian dengan transformasi pendidikan negara, melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM),...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaluddin, Nor Sa'adah, Abdul Kadir, Suhaida, Abdullah, Arnida, Alias, Siti Noormi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66687/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66687/1/MEDC%202018-1.pdf
Description
Summary:Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang seringkali diberikan penekanan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. Bersesuaian dengan transformasi pendidikan negara, melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), pengaplikasian PBP dilihat mampu menyumbang kepada kecemerlangan murid bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi membantu murid menguasai kepelbagaian kemahiran abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dijalankan ke atas murid tingkatan 4 yang mengambil Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan (PP) dengan menjadikan topik Penyata Kewangan Milikan Tunggal sebagai fokus utama dalam mengkaji kesan PBP ke atas perubahan pencapaian murid. Penggunaan modul khusus dalam tujuan kajian ini mengambil kira keterlibatan elemen scaffolding. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi yang melibatkan dua kumpulan fokus iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sampel kajian ini adalah 40 orang murid tingkatan 4 di Sekolah Bina Insan-Yayasan MSU, Puchong, Selangor, yang mewakili 20 orang murid kumpulan rawatan dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Dapatan analisis kajian menjelaskan wujud perbezaan yang siginifikan antara skor min kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan ini memberi gambaran bahawa melalui pengaplikasian PBP dengan scaffolding, pencapaian murid dalam pembelajaran mereka dapat dipertingkatkan sekaligus membuktikan pengaplikasian PBP dengan scaffolding wajar digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sesi PdPc di sekolah dalam usaha memastikan kecemerlangan murid terus berkekalan.