'Kereta api ayat' membantu murid membina ayat majmuk berdasarkan perkataan kata kerja

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang ditekankan dalam pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Sesuai dengan Dokumen Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah, penekanan pengajaran kemahiran menulis ini amat membantu murid dalam mencapai satu tahap literasi yang berguna dalam mening...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Horace, Hafifi Hafidz, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66092/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66092/1/GREduc2015-38.pdf
Description
Summary:Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang ditekankan dalam pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Sesuai dengan Dokumen Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah, penekanan pengajaran kemahiran menulis ini amat membantu murid dalam mencapai satu tahap literasi yang berguna dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, disamping memenuhi fungsi sosial dan juga aktiviti dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kajian ini menumpukan kepada kemahiran menulis yang berfokus kepada pembinaan ayat majmuk dalam kalangan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Tenom dan dilaksanakan kepada hanya seramai 3 orang sampel sahaja. Masalah yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah tersebut ialah tidak dapat membina ayat majmuk dengan baik berdasarkan kata kerja yang diberi. Maka, teknik pembinaan ayat majmuk menggunakan kaedah “Kereta Api Ayat” digunakan bagi melihat peningkatan pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis membina ayat majmuk dengan baik. Analisis data hanya menggunakan kaedah kualitatif bagi melihat keberkesanan hasil daripada sampel. Dapatan kajian menunjukkan sampel dapat membina ayat majmuk dengan baik selepas menjalankan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji. Kaedah yang digunakan mampu meningkatkan pemahaman murid dalam membina ayat majmuk yang baik. Hal ini seterusnya akan membantu murid dalam penguasaan kemahiran menulis melalui penguasaan dalam membina ayat majmuk bagi menghasilkan penulisan yang baik.