Ketidaksantunan bahasa dalam blog politik di Malaysia

Makalah ini memfokuskan ketidaksantunan bahasa Melayu dalam blog politik di Malaysia yang bertujuan untuk mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik, berpandukan pendekatan Jay, 2000 dan Pinker, 2008b. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan peme...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Azizul, Subramaniam, Vijayaletchumy
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64572/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64572/1/Ketidaksantunan%20bahasa%20dalam%20blog%20politik%20di%20Malaysia.pdf
Description
Summary:Makalah ini memfokuskan ketidaksantunan bahasa Melayu dalam blog politik di Malaysia yang bertujuan untuk mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik, berpandukan pendekatan Jay, 2000 dan Pinker, 2008b. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan pemerhatian. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks yang dipindahkan daripada blog politik. Penyelidik telah memilih 10 blog politik di Malaysia yang terdiri daripada 5 blog politik yang menyokong pihak kerajaan, dan 5 blog politik yang menyokong pihak pembangkang. Penyelidikan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik, pengkaji bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog politik menepati ciri kesantunan berbahasa yang merupakan tonggak kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Dapatan kajian menunjukkan, terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitugelaran kepada individu dan institusi, penyamaan manusia dengan haiwan atau makhluk, anggota badan, sifat dan kelakuan, penyamaan manusia dengan objek, dan keagamaan dan perkauman dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog politik yang dikaji.