Ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa' Al-Rashidin
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin. Struktur Penulisan Surat adalah merujuk kepada Format Umum Penulisan Surat yang merangkumi Al-Muqaddimat, Al-Takhallus, Al-Madmun dan Al-Khitam. Kajian ini telah memilih 35 teks sur...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Language: | English |
| Published: |
2015
|
| Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60287/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60287/1/44-20.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membincangkan ciri-ciri struktur penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin. Struktur Penulisan Surat adalah merujuk kepada Format Umum Penulisan Surat yang merangkumi Al-Muqaddimat, Al-Takhallus, Al-Madmun dan Al-Khitam. Kajian ini telah memilih 35 teks surat-surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin yang ditulis oleh khalifah dan panglima tentera muslimin sebagai data kajian. Dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks, kajian ini cuba menjelaskan ciri-ciri struktur atau format penulisan surat perang dan membincangkan unsur-unsur estetika atau keindahan seni di sebalik setiap bentuk format yang digunakan oleh khalifah-khalifah Al-Rashidin dan panglima-panglima perang pada zaman tersebut. Hasil analisis terhadap format penulisan surat perang secara umumnya menunjukkan bahawa format penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin adalah terdiri daripada empat struktur iaitu ; 1. Al-Muqaddimah, 2. Faslu Al-Khitab, 3. Al-Madmun dan 4. Al-Khitam. Walau bagaimanapun, kajian ini telah mendapati bahawa format penulisan surat perang pada zaman Al-Khulafa’ Al-Rashidin tidak terikat dengan format umum penulisan surat. Sebaliknya, format surat perang pada zaman tersebut berubah bentuk dan struktur daripada kebiasaannya mengikut situasi dan tema penulisan surat. |
|---|