Saintis UPM temui kaedah jadikan minyak sawit lebih selamat untuk makanan bayi

SERDANG, 20 Nov (UPM) – Walaupun semua minyak masak bertapis – sama ada minyak jagung, sawit, zaitun, soya, kelapa, atau kacang tanah – mengandungi peloporkloroester tertentu yang mungkin bersifat karsinogenik, tetapi sekumpulan saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui satu proses yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27092/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27092/1/Saintis%20UPM%20temui%20kaedah%20jadikan%20minyak%20sawit%20lebih%20selamat%20untuk%20makanan%20bayi.pdf
Description
Summary:SERDANG, 20 Nov (UPM) – Walaupun semua minyak masak bertapis – sama ada minyak jagung, sawit, zaitun, soya, kelapa, atau kacang tanah – mengandungi peloporkloroester tertentu yang mungkin bersifat karsinogenik, tetapi sekumpulan saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui satu proses yang mampu menghilangkan pelopor berkenaan apabila menapis minyak sawit. Menurut ketua kumpulan penyelidik berkenaan, Prof Dr Tan Chin Ping, bahan pelopor yang sudah diketahui ramai itu ialah Free Kloroesteri 3-Monochloroester-1,2-Diol (atau ringkasnya 3-MCPD) dan kajian mendapati 3-MCPD ini adalah bersifat karsinogenik (boleh menyebabkan kanser) terhadap haiwan. Beliau berkata peratusan tertentu minyak sawit bertapis digunakan dalam penghasilan formula untuk bayi, formula susulan dan makanan bayi (kerana kandungan asid palmitiknya) tetapi berbeza dengan orang dewasa, bayi tidak mampu menyingkirkan 3-MCPD dalam sistem pencernaan.