Potensi gentian pisang sebagai sumber tekstil.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tanaman pisang yang berpotensi untuk dijadikan gentian sebagai sumber tekstil dan juga kaedah yang terbaik untuk menghasilkannya. Ini adalah sejajar dengan galakkan oleh kerajaan untuk memperkembangkan industri tekstil dan juga menggalakkan penanaman pisan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Awang Yusof, Kamariah Elli, Hashim, Aziah, Ahmad, Hamidah, Abdul Razak, Abdul Rahman, Mohd Salleh, Naimah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 1991
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20829/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20829/1/29_20121206114548.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tanaman pisang yang berpotensi untuk dijadikan gentian sebagai sumber tekstil dan juga kaedah yang terbaik untuk menghasilkannya. Ini adalah sejajar dengan galakkan oleh kerajaan untuk memperkembangkan industri tekstil dan juga menggalakkan penanaman pisang bagi eksport buahnya. Walaupun industri tekstil di Malaysia pesat membangun, kita masih tidak mempunyai bahan mentah sendiri. Oleh itu dengan mengadakan gentian pisang dari bahan terbuang batang pisang sebagai sumber bahan mentah tekstil adalah sangat menguntungkan. Sumber gentian dari batang ini ada tetapi masih belum dieksploitasikan lagi. Di dalam kajian ini sebanyak 8 jenis pokok pisang telah dipilih. Dua kaedah telah digunakan iaitu kaedah separa mekanikal dan kaedah rendaman. Rawatan kimia digunakan bertujuan untuk mendapatkan-gentian yang lebih halus melalui 'degumming'. Ciri-ciri fizikal dan prestasi gentian-gentian ini ditentukan. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa gentian pisang yang dihasilkan menggunakan kaedah mekanikal lebih efisien. Gentian pisang amatlah berpotensi sebagai sumber bahan mentah untuk tekstil. Gentian kasar yang dihasilkan setakat ini dapat dilembutkan dan dihaluskan lagi dengan menggunakan mesin-mesin yang lebih sofistikated dari negara luar. Projek ini dianggap s iap apabila gentian yang telah kami hasilkan setakat ini dapat ditukar ke bentuk tekstil untuk pakaian.