Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi teknik penjanaan idea pengajaran mengarang dalam kalangan guru bahasa melayu tingkatan empat di daerah Gombak

Pengajaran mengarang karangan menuntut guru supaya membiasakan amalan pengajaran dan mengaplikasikan teknik penjanaan idea Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengkaji mendapati bahawa guru-guru kerap menggunakan aras penjanaan idea yang rendah sahaja semasa pengajaran mengarang karangan dan memb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Jaafar, Wan Nazira, Mohamed Mokhtar, Marzni, Hassan @ Zulkifli, Muhammad Zarif
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2024
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118805/
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/118805/1/118805.pdf
Description
Summary:Pengajaran mengarang karangan menuntut guru supaya membiasakan amalan pengajaran dan mengaplikasikan teknik penjanaan idea Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengkaji mendapati bahawa guru-guru kerap menggunakan aras penjanaan idea yang rendah sahaja semasa pengajaran mengarang karangan dan membiasakan murid menjana idea pemikiran rendah dalam pembelajaran. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka proses pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang dalam kalangan guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat di daerah Gombak. Hal ini demikian kerana teknik penjanaan idea KBAT penting bagi merangsang murid untuk berfikir dalam menganalisis sesuatu topik atau maklumat khususnya dalam proses mengarang karangan. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif iaitu seramai dua orang peserta kajian yang dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Teknik pengumpulan data daripada kedua-dua orang guru ini akan dilaksanakan dengan menggunakan teknik temu bual secara mendalam, teknik pemerhatian dan penganalisisan dokumen. Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, terdapat dua soalan kajian yang akan ditangani oleh pengkaji dalam kajian ini berdasarkan objektif iaitu (i) Apakah pemahaman guru tentang pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang karangan deksriptif dalam kalangan guru tingkatan empat di daerah Gombak? (ii) Bagaimanakah pelaksanaan tatacara pengaplikasian teknik penjanaan idea KBAT terhadap pengajaran mengarang karangan dalam kalangan guru tingkatan empat di daerah Gombak? Bagi menjawab kedua-dua soalan kajian ini, pengkaji akan menganalisis data secara manual bagi data hasil temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.