Faktor-faktor mempengaruhi ketidakhadiran pekerja eksekutif di Kilang Proton, Shah Alam
Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar ketidakhadiran di kalangan pekerja eksekutif di kilang PROTON, Shah Alam. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas yang berkaitan dengan kajian ini. Sampel kajian adalah seramai 70 orang pekerja eksekutif daripa...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Final Year Project Report / IMRAD |
| Language: | English |
| Published: |
University Malaysia Sarawak, (UNIMAS)
1997
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/3455/ http://ir.unimas.my/id/eprint/3455/2/fong%20wee%20pingfull.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar ketidakhadiran di kalangan pekerja eksekutif di kilang PROTON, Shah Alam. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas yang berkaitan dengan kajian ini.
Sampel kajian adalah seramai 70 orang pekerja eksekutif daripada 8 buah jabatan di kilang PROTON. Penyelidik kajian ini menggunakan pendekatan survei yang merangkumi soal selidik, fail peribadi, pemerhatian, temubual dan kajian perpustakaan
untuk mendapat data-data dan maklumat. Semua data dan maklumat dianalisis melalui program "Statistical Package of Social Science (SPSS)" dengan menggunakan Korelasi Pearson untuk menguji perkaitan di antara faktor perkahwinan, tempoh perkhidmatan, kepuasan kerja dan jantina dengan kadar ketidakhadiran. Keputuan kajian ini menunjukkan kadar ketidakhadiran hanya 0.29% dan mendapati bahawa tidak wujud
perkaitan yang signifikan di antara faktor perkahwinan, tempoh perkhidmatan, kepuasan kerja dan jantina dengan ketidakhadiran di kalangan pekerja eksekutif PROTON. Cadangan dan implikasi turut dibincangkan di kajian ini kepada pihak pengurusan serta kajian masa depan. |
|---|