| Summary: | PEKAN, 10 September 2025 - Kesinambungan daripada Bengkel Pembangunan Sejarah Lisan: Mengabadikan Pengalaman dan Kisah yang diadakan pada Mei 2025 yang lepas, Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memulakan langkah awal dengan penganjuran program ‘Jejak Sejarah UTM KCP–KUKTEM–UMP–UMPSA: Perspektif Seorang Perintis’ bagi merakam pengalaman tokoh awal universiti sebagai khazanah institusi.
Program ini diadakan bagi mencapai matlamat dan objektif Perpustakaan UMPSA untuk membangunkan koleksi sejarah lisan dari tokoh yang dikenal pasti, menghasilkan bahan sejarah lisan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, arkib dan mendokumentasikan serta melestarikan warisan sebagai bahan sejarah masa depan.
|