UMPSA bimbing Pengamal Perubatan Tradisional, teguh pertahan akidah dan syariah

GAMBANG, 8 Ogos 2025 – Pusat Sains Kemanusiaan (PSM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Kursus Isu-isu Akidah dan Syariah dalam Perubatan Tradisional pada 7 dan 8 Ogos 2025 bertempat di UMPSA, Kampus Gambang. Kursus yang dikendalikan oleh Pensyarah PSK, Prof...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Naqiah, Puaad
Format: Newspaper
Language:Malay
Published: UMPSA 2025
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/45390/
Description
Summary:GAMBANG, 8 Ogos 2025 – Pusat Sains Kemanusiaan (PSM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Kursus Isu-isu Akidah dan Syariah dalam Perubatan Tradisional pada 7 dan 8 Ogos 2025 bertempat di UMPSA, Kampus Gambang. Kursus yang dikendalikan oleh Pensyarah PSK, Profesor Madya Dr. Mahyuddin Ismail itu dilaksanakan secara hybrid yang menggabungkan sesi fizikal dan dalam talian. Ia melibatkan seramai 18 orang peserta yang hadir secara bersemuka dan 25 peserta secara maya. Penyertaan datang dari seluruh Malaysia, termasuk kehadiran peserta antarabangsa daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.