Kritikan kaum muda terhadap pentadbiran pendidikan di Kelantan dalam majalah Pengasuh
Artikel ini membincangkan kritikan kaum muda terhadap pentadbiran pendidikan di Kelantan dalam majalah Pengasuh. Fokus utama Kaum Muda adalah terhadap pentadbiran pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan. Kaum Muda menggunakan majalah Pengasuh sebagai medium utama untuk menyebarkan re...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26021/ http://journalarticle.ukm.my/26021/1/13-18%20-.pdf |
| Summary: | Artikel ini membincangkan kritikan kaum muda terhadap pentadbiran pendidikan di Kelantan dalam majalah Pengasuh. Fokus utama Kaum Muda adalah terhadap pentadbiran pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan. Kaum Muda menggunakan majalah Pengasuh sebagai medium utama untuk menyebarkan reformasi pendidikan kepada masyarakat Melayu abad ke-20. Artikel ini akan membincangkan kritikan terhadap pentadbiran pendidikan masyarakat Melayu di Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi pengumpulan dan analisis data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) seperti majalah Pengasuh. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Data yang diperoleh akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan kajian yang dilakukan. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif analisis dokumen majalah Pengasuh. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Kaum Muda telah menggerakkan suatu pemikiran kritis berkenaan kritikan dalam pendidikan yang dibawakan oleh pihak Inggeris serta dalam masa yang sama berupaya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu mengenai kepentingan pendidikan sebagai lambang kemelayuan sejati menerusi majalah Pengasuh. |
|---|