Kesan trauma zaman kanak-kanak terhadap kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak dan tingkah laku dewasa: lensa profesional di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Trauma zaman kanak-kanak berlaku lebih kerap daripada yang difikirkan. Lebih daripada dua pertiga kanak-kanak melaporkan sekurang-kurangnya satu peristiwa traumatik menjelang umur 16 tahun termasuklah pengabaian, penderaan psikologi, fizikal, seksual, bencana dan sebagainya. Trauma zaman kanak-kanak...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Asma Amalia Azman, Hilwa Abdullah @ Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26019/
http://journalarticle.ukm.my/26019/1/WS%2014%20.pdf
Description
Summary:Trauma zaman kanak-kanak berlaku lebih kerap daripada yang difikirkan. Lebih daripada dua pertiga kanak-kanak melaporkan sekurang-kurangnya satu peristiwa traumatik menjelang umur 16 tahun termasuklah pengabaian, penderaan psikologi, fizikal, seksual, bencana dan sebagainya. Trauma zaman kanak-kanak dipercayai memberi kesan bukan sahaja terhadap kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak malahan terhadap tingkah laku mereka apabila dewasa. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan trauma zaman kanak-kanak terhadap kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak dan tingkah laku dewasa dari perspektif tujuh pakar klinikal dan profesional di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam dijalankan di UKM secara bersemuka dan dalam talian dengan mengemukakan soalan-soalan separa berstruktur. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Informan terdiri daripada golongan profesional yang pakar dan bekerja dalam bidang yang melibatkan trauma semasa zaman kanak-kanak dari UKM. Data transkripsi dianalisis secara manual menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan kesan trauma zaman kanak-kanak terhadap tingkah laku dewasa terdiri daripada tingkah laku adaptif dan maladaptif. Tingkah laku adaptif terdiri daripada tingkah laku memperbaiki diri dan mendapatkan bantuan profesional. Manakala, tingkah laku maladaptif pula ialah terlibat dalam penyalahgunaan bahan, membahayakan diri, tingkah laku devian serta melarikan diri daripada trauma. Penemuan kajian dijangka dapat menunjukkan gambaran sebenar isu trauma zaman kanak-kanak di Malaysia dari lensa profesional bagi menyumbang terhadap kesedaran masyarakat berkaitan kesejahteraan kesihatan mental kanak-kanak.