Trend strategi dan integrasi pedagogi organik dalam pelaksanaan MOOC bagi program pascasiswazah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Massive Online Open Courses (MOOC) adalah salah satu trend pendidikan yang paling interaktif menerusi penglibatan penyertaan pelajar dalam pelbagai lingkungan latar belakang dengan sokongan akademik yang minimum. Pedagogi yang diaplikasikan adalah bersifat ‘organik’ dan relevan bagi memenuhi capaian...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25943/ http://journalarticle.ukm.my/25943/1/9.pdf |
| Summary: | Massive Online Open Courses (MOOC) adalah salah satu trend pendidikan yang paling interaktif menerusi penglibatan penyertaan pelajar dalam pelbagai lingkungan latar belakang dengan sokongan akademik yang minimum. Pedagogi yang diaplikasikan adalah bersifat ‘organik’ dan relevan bagi memenuhi capaian pelajar-pelajar mengikuti kursus secara terbuka dan berbayar. Perkembangan MOOC yang terkini telah memodelkan kursus dalam talian berasaskan pengurusan pembelajaran sepenuhnya berasaskan video, penilaian pelaksanaan tugasan kendiri dan penyampaian mesej secara maya dan multi interaktif, luas dan lebih global. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti trend pedagogi organik dari sudut strategi dan kaedah pedagogi organik yang diintegrasikan dalam pelaksanaan kursus secara MOOC oleh pensyarah-pensyarah dalam kursus masing-masing. Seramai 18 orang pensyarah Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu terlibat dalam kajian dengan kepelbagaian kursus yang berbeza. Reka bentuk kajian merupakan pendekatan kualitatif dengan penggunaan instrumen borang soal selidik dengan pilihan terbuka. Kajian ini melibatkan 18 orang pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam membangunkan platform MOOC bagi merancang merancang kurikulum masing-masing. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan perancangan kurikulum MOOC dalam kursus Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam kajian ini baik dan telah mengorganisasikan infrastruktur multimedia yang interaktif yang merangkumi kandungan yang relevan, forum, kuiz dan latihan serta menyediakan bahan sokongan seperti panduan dan nota yang interaktif sebagai strategi dan kaedah pedadogi organik yang komprehensif. Implikasi kajian ini akan membantu meningkatkan akses kepada sebaran ilmu Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di persada global. |
|---|