Strategi dan cabaran pengajaran kemahiran membaca yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam meningkatkan kemahiran membaca murid Tahap 1
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka strategi dan cabaran guru Bahasa Melayu (GBM) yang mengajar murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu. Reka bentuk kualitatif telah dipilih sebagai kaedah kajian ini. Pese...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25935/ http://journalarticle.ukm.my/25935/1/2.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka strategi dan cabaran guru Bahasa Melayu (GBM) yang mengajar murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu. Reka bentuk kualitatif telah dipilih sebagai kaedah kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada seramai tiga orang GBM yang mengajar di tiga buah SJKC di daerah Klang, Selangor. Temu bual telah digunakan sebagai alat utama untuk mengumpulkan data. Data temu bual dianalisis secara bertema. Analisis transkripsi temu bual telah menghasilkan tujuh tema strategi mengajar kemahiran membaca. Daripada tujuh strategi mengajar tersebut, tiga strategi digunakan oleh keempat-empat GBM, iaitu strategi mengenal pasti tujuan membaca, mengimbas teks untuk maklumat yang spesifik (scanning), dan analisis kosa kata. Empat strategi mengajar kemahiran membaca yang lain ada digunakan tetapi kurang diaplikasikan oleh GBM di SJKC. Dapatan kajian juga telah mengenal pasti sembilan cabaran pengajaran kemahiran membaca yang dihadapi oleh GBM di SJKC. Namun demikian, cabaran kesuntukan masa untuk mengajar kemahiran membaca dan cabaran minat murid Cina yang rendah menyebabkan murid berasa bosan belajar Bahasa Melayu dihadapi oleh keempat-empat GBM yang mengajar di SJKC tersebut. Begitu juga cabaran pedagogi dan sikap GBM di SJKC serta cabaran kekuran sokongan daripada pelbagai pihak juga cabaran utama dihadapi oleh tiga daripada empat GBM di SJKC ketika mengajar Bahasa Melayu. Rumusannya, pihak-pihak berkepentingan seperti guru, pentadbir sekolah, dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk membantu mengatasi masalah kemahiran membaca murid-murid bukan penutur natif ini seperti kalangan murid Cina untuk mempelajari dan menguasai kemahiran membaca dengan baik. |
|---|