Keberkesanan ruang pembelajaran sedia ada bagi gelandangan kanak-kanak: kajian kes Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur

Gelandangan kanak-kanak adalah golongan yang tidak boleh dipinggirkan dan berhak untuk mendapatkan pendidikan formal seperti kanak-kanak biasa yang lain. Isu keciciran pendidikan kepada gelandangan kanak-kanak ini dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa disebabkan faktor kemiskinan dan juga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraziah Mohammad Zin, Nur Hairuzza Husna Abu Sareh, Suhana Johar, Mazlan Mohd Tahir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25867/
http://journalarticle.ukm.my/25867/1/23.pdf
Description
Summary:Gelandangan kanak-kanak adalah golongan yang tidak boleh dipinggirkan dan berhak untuk mendapatkan pendidikan formal seperti kanak-kanak biasa yang lain. Isu keciciran pendidikan kepada gelandangan kanak-kanak ini dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa disebabkan faktor kemiskinan dan juga keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) merupakan sekolah istimewa yang menempatkan kanak-kanak jalanan di sekitar Chow Kit di mana menyediakan akses pendidikan dari segi akademik dan kemahiran kepada mereka serta memberi peluang kepada gelandangan kanak-kanak untuk membentuk laluan kerjaya pada masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana keberkesanan ruang pembelajaran yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada gelandangan kanak-kanak di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif dimana menggunakan kaedah soal selidik dan temubual secara mendalam. Bagi kaedah kuantitatif, Set soal selidik mengenai ruang keperluan dan kemudahan pembelajaran dan juga keperluan asas akan dikemukakan kepada satu sampel. Set soalan ini akan dijawab oleh 30 responden yang terdiri daripada pihak sekolah dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam memberi sokongan. Manakala bagi kaedah kualitatif, sesi temubual bersama 6 pelajar yang terdiri daripada 2 murid prasekolah, 2 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dah kaedah pemerhatian juga telah dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih telah menyediakan ruang pembelajaran yang mencukupi dari segi keperluan dan kemudahan sekaligus memberikan keselesaan kepada kanak-kanak gelandangan. Namun bagaimanapun majoriti berpendapat bahawa keperluan dan kemudahan yang disediakan masih boleh dipertingkatkan dengan menyediakan kemudahan tempat tinggal dan padang sekolah bagi melakukan aktiviti riadah. Oleh hal demikian, perbincangan kertas kerja ini telah membincangkan mengenai usaha dan insiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membantu kanak-kanak gelandangan mendapatkan akses pendidikan yang sewajarnya malah kajian juga boleh ditambahbaik sekiranya dapat membandingkan ruang pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dan pihak NGO dalam mengatasi masalah keciciran pendidikan kanak-kanak gelandangan.