Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar JKA dalam Kursus Kalkulus Vektor: analisis perbandingan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan
Kaedah pengajaran tradisional sering dikritik kerana keberkesanannya yang terhad dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pembelajaran koperatif, yang mana pelajar berinteraksi dalam kumpulan kecil untuk memenuhi objektif pembelajaran, telah dicadangkan sebagai pendekatan alternatif yang lebih...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25854/ http://journalarticle.ukm.my/25854/1/12.pdf |
| Summary: | Kaedah pengajaran tradisional sering dikritik kerana keberkesanannya yang terhad dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar. Pembelajaran koperatif, yang mana pelajar berinteraksi dalam kumpulan kecil untuk memenuhi objektif pembelajaran, telah dicadangkan sebagai pendekatan alternatif yang lebih berkesan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menilai impak pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Kalkulus Vektor (VC) dengan membandingkan dua kumpulan: kumpulan eksperimen yang menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dan kumpulan kawalan yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Data dikumpulkan melalui praujian dan pascaujian. Analisis ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Keputusan ujian-t bagi praujian menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara kumpulan eksperimen (M = 52.90, SP = 2.834) dan kumpulan kawalan (M = 57.15, SP = 6.746), dengan nilai- p = 0.5001, menunjukkan bahawa pelajar dari kedua-dua kumpulan mempunyai pencapaian awal yang serupa. Walau bagaimanapun, keputusan ujian-t bagi pascaujian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan, yang mana kumpulan eksperimen yang menggunakan pembelajaran koperatif menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara berbanding kumpulan kawalan.. Selain itu, perbandingan antara praujian dan pascaujian dalam kumpulan eksperimen juga menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian pelajar. Hasil kajian juga mendapati penurunan prestasi dalam kumpulan kawalan, menunjukkan keberkesanan terhad kaedah tradisional dalam konteks ini. Oleh itu, pendekatan pembelajaran koperatif disarankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, terutamanya dalam kursus Kalkulus Vektor. |
|---|