Trend semasa pembangunan yogurt: pemprosesan, varieti dan manfaat kesihatan
Yogurt merupakan produk tenusu fermentasi yang telah dimakan selama berabad-abad kerana rasa, tekstur dan manfaat kesihatannya yang unik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lonjakan minat dan inovasi dalam pembangunan yogurt yang didorong oleh permintaan pengguna untuk pilihan makanan y...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25722/ http://journalarticle.ukm.my/25722/1/SML%2011.pdf |
| Summary: | Yogurt merupakan produk tenusu fermentasi yang telah dimakan selama berabad-abad kerana rasa, tekstur dan manfaat kesihatannya yang unik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lonjakan minat dan inovasi dalam pembangunan yogurt yang didorong oleh permintaan pengguna untuk pilihan makanan yang lebih sihat dan pelbagai. Kajian ini memberikan gambaran keseluruhan terhadap trend semasa dalam pemprosesan yogurt, varieti yogurt dan data saintifik yang menyokong pelbagai manfaat kesihatannya. Kemajuan dalam teknik penghasilan yogurt termasuk penggunaan sumber susu alternatif, probiotik dan kaedah pembungkusan yang inovatif telah dibincangkan. Selain itu, kertas ini meneroka pelbagai jenis yogurt yang semakin berkembang, seperti yogurt probiotik, yogurt penuh krim, yogurt rendah lemak, yogurt tanpa lemak, yogurt gaya Greek, yogurt minuman dan yogurt berasaskan tumbuhan untuk memenuhi keutamaan diet dan keperluan pemakanan yang berbeza. Tambahan pula, manfaat kesihatan penggunaan yogurt termasuk kesihatan usus yang lebih baik, mengurangkan risiko penyakit kronik dan meningkatkan fungsi imun juga dibincangkan. Trend semasa dan hala tuju pembangunan pada masa depan untuk industri yogurt juga dihuraikan dalam tinjauan ini. Secara keseluruhannya, kajian ini menggariskan trend industri yogurt dan menonjolkan keperluan penyelidikan dan inovasi berterusan untuk memacu pertumbuhan industri dan kesihatan sejagat. |
|---|