Pemikiran dan pendekatan dakwah Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah

Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang hidup pada awal abad ke-19. Beliau terkenal dengan julukan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden kerana karya-karyanya yang tidak terikat dengan bentuk kesusasteraan Melayu klasik. Salah satu karya b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azman Yusof, Anisah Bahyah Hj Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/25699/
http://journalarticle.ukm.my/25699/1/Al_Hikmah_16_2_8.pdf
Description
Summary:Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang hidup pada awal abad ke-19. Beliau terkenal dengan julukan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden kerana karya-karyanya yang tidak terikat dengan bentuk kesusasteraan Melayu klasik. Salah satu karya beliau yang tersenarai sebagai Karya Agung Dunia Melayu ialah Hikayat Abdullah. Walaupun kajian terhadap karyanya itu telah banyak dihasilkan namun masih belum ada penelitian terhadap aspek pemikiran dakwah beliau. Oleh Kajian ini bertujuan untuk meneliti pemikiran dakwah Abdullah Munsyi berasaskan teks Hikayat Abdullah. kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu meneliti teks Hikayat Abdullah terbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1963 (Cetakan semula 1997), dengan menggunakan kaedah analisis tekstual. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan seperti jurnal dan buku bagi menyokong dan mengukuhkan lagi dapatan kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati: 1) Dari segi perspektif pemikiran dakwah, Abdullah Munsyi memiliki konsepsi dan gagasan yang diterapkan menerusi pendekatan dakwah bil hal dalam aktiviti (a) pekerjaan; dan (b) persahabatan. 2) Pendekatan Dakwah bil kitabah dalam menyampaikan tiga teras pemikirannya, iaitu (a) kepentingan pendidikan, (b) pemikiran rasional, dan (c) kritikan terhadap adat yang bertentangan dengan nilai agama. Kajian ini diharap dapat menjadi pemula kepada kajian yang lebih lanjut bagi meneroka, membaca, dan memahami pemikiran dakwah Abdullah Munsyi dan diambil manfaat daripadanya.