Analisis kepentingan-prestasi dan kepuasan pelanggan terhadap perubahan harga petrol
Satu daripada perbelanjaan tahunan terbesar isi rumah adalah perbelanjaan terhadap barang keperluan asas. Peningkatan harga petrol sering menjadi isu terhadap peningkatan harga barang keperluan asas. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti tahap kepentingan dan prestasi serta tahap kepuasan pe...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25691/ http://journalarticle.ukm.my/25691/1/jqma-7-1-paper13.pdf |
| Summary: | Satu daripada perbelanjaan tahunan terbesar isi rumah adalah perbelanjaan terhadap barang keperluan asas. Peningkatan harga petrol sering menjadi isu terhadap peningkatan harga barang keperluan asas. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti tahap kepentingan dan prestasi serta tahap kepuasan pelanggan terhadap kesan peningkatan harga barang keperluan asas sebelum dan selepas kenaikan harga petrol di Bandar Baru Bangi. Perbezaan purata perbelanjaan selepas kenaikan harga barang diteliti. Analisis yang digunakan adalah Analisis Deskriptif, Analisis Kepentingan Prestasi (AKP) dan Indeks Kepuasan Pelanggan (IKP). Analisis Deskriptif mendapati terdapat perbezaan purata perbelanjaan sebelum dan selepas peningkatan harga barang keperluan asas. Indeks Kepuasan Pelanggan (IKP) pula mendapati responden kurang berpuas hati dengan peningkatan harga barang keperluan asas pada tahap 57.58% selepas kenaikan harga petrol. Melalui Analisis Kepentingan-Prestasi (AKP) pula, terdapat 3 atribut yang perlu diberi perhatian, iaitu kenaikan harga barang keperluan asas, penarikan subsidi oleh kerajaan dan pendapatan bersih dalam sebulan. Atribut ini hendaklah diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan
pelanggan berpuas hati dengan harga barang keperluan yang telah ditetapkan serta peningkatan dalam pendapatan sejajar dengan kenaikan harga petrol. |
|---|