Bepang Pulut Terengganu: legasi pembuatan dan snek warisan
Makanan warisan seperti snek Bepang semakin terancam akibat kemodenan dan pengaruh makanan luar, terutamanya dari negara barat, yang memberi kesan besar kepada generasi muda. Sekiranya dokumentasi makanan warisan ini tidak dipelihara, ianya akan lenyap dan dilupakan. Justeru, tujuan kajian ini tertu...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/25020/ http://journalarticle.ukm.my/25020/1/37-45%20-.pdf |
| Summary: | Makanan warisan seperti snek Bepang semakin terancam akibat kemodenan dan pengaruh makanan luar, terutamanya dari negara barat, yang memberi kesan besar kepada generasi muda. Sekiranya dokumentasi makanan warisan ini tidak dipelihara, ianya akan lenyap dan dilupakan. Justeru, tujuan kajian ini tertumpu kepada penyediaan Bepang Pulut dengan mengambil kira bahan yang digunakan, teknik pembuatan secara tradisional, juga inovasi berkaitan makanan tradisional serta mengenalpasti pemindahan pembuatan Bepang ini ke generasi seterusnya ke arah melestarikan makanan warisan. Skop kajian ini juga akan meninjau dan mengulas dari kajian terdahulu dari segi epistemologi untuk menentukan sejauh mana makanan tersebut mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat melayu Malaysia. Hasil kajian ini diperolehi melalui kaedah kualitatif melalui data sekunder, pemerhatian dan temu bual tidak berstruktur bersama dengan generasi terawal yang masih membuat bepang pulut sehingga kini untuk menjelaskan dari sudut penyediaan, bentuk, warna, cara hidangan, dan inovasi makanan ini. Penemuan kajian mendapati pembuatan Bepang masih mengekalkan kaedah dan resepi yang telah diwarisi sejak turun temurun kerana perniagaan keluarga. Pemindahan ilmu tersebut dipengaruhi oleh budaya, yang bermula dengan perniagaan keluarga dan berkembang menjadi minat mereka untuk mengusahakannya. Oleh yang demikian, kajian berkaitan dengan Bepang Pulut amat penting sebagai inisiatif untuk memulihara makanan warisan kekal hingga ke generasi seterusnya. |
|---|