Masalah guru dalam pengajaran pantun berestetika di sekolah rendah
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pantun merupakan salah satu cabang dalam aspek seni bahasa. Namun begitu, pengajaran pantun berestetika kurang ditekankan guru di sekolah rendah. Tambahan lagi, estetika merupakan ciri keindahan pantun yang perlu diterapkan guru kepada murid. Justeru, kajian ini m...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23731/ http://journalarticle.ukm.my/23731/1/79-89%2070100-245733-1-PB.pdf |
| Summary: | Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pantun merupakan salah satu cabang dalam aspek seni bahasa. Namun begitu, pengajaran pantun berestetika kurang ditekankan guru di sekolah rendah. Tambahan lagi, estetika merupakan ciri keindahan pantun yang perlu diterapkan guru kepada murid. Justeru, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi guru ketika mengajarkan pantun berestetika di sekolah rendah. Lapan orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang guru bahasa Melayu dan empat orang pensyarah bahasa Melayu dari Institut Pendidikan Guru. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar pantun. Data dikumpulkan melalui temu bual separa struktur dan dianalisis secara tematik. Lima tema utama telah diperoleh berdasarkan dapatan kajian iaitu (1) persepsi guru (2) kurang meminati pantun, (3) kelemahan pengetahuan kandungan pantun berestetika (4) sikap sambil lewa dan (5) kelemahan amalan pedagogi. Impak kajian ini memberi input bahawa masalah pengajaran pantun berestetika yang dihadapi guru perlu diselesaikan segera melalui pembangunan garis panduan pengajaran pantun, bahan pengajaran pantun, model pengajaran mahupun modul yang boleh dirujuk guru sewaktu mengajarkan pantun di sekolah rendah. |
|---|