Pemerkasaaan ekonomi (keusahawanan) wanita OKU fizikal: cabaran memulakan perniagaan

Makalah ini akan membincangkan penemuan kajian yang telah dijalankan bagi meneroka cabaran wanita kurang upaya (OKU) fizikal dalam keusahawanan. Skop penerokaan melibatkan fasa permulaan perniagaan yang memerlukan informan menceritakan pengalaman berhadapan cabaran awal dalam perniagaan. Kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman Ahmad Badayai, Aizan Sofia Amin, Ezarina Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22865/
http://journalarticle.ukm.my/22865/1/Akademika_93_3_14.pdf
Description
Summary:Makalah ini akan membincangkan penemuan kajian yang telah dijalankan bagi meneroka cabaran wanita kurang upaya (OKU) fizikal dalam keusahawanan. Skop penerokaan melibatkan fasa permulaan perniagaan yang memerlukan informan menceritakan pengalaman berhadapan cabaran awal dalam perniagaan. Kajian direkabentuk menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya dengan pengumpulan data menggunakan kaedah Kumpulan Perbincangan Berfokus (Focus Group Discussion). Lokasi kajian melibatkan empat zon Malaysia iaitu zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Seramai 34 orang wanita OKU fizikal yang merupakan peniaga telah dipilih untuk ditemubual. Pemilihan informan dibuat secara bertujuan dengan memilih penerima geran pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis tematik yang dijalankan menunjukkan terdapat tiga cabaran utama yang dihadapi oleh informan ketika fasa memulakan perniagaan iaitu: i- kurang akses kepada maklumat, ii- implikasi ketidakupayaan fizikal dan iii- cabaran dwi-peranan. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak berkepentingan meningkatkan pencapaian memperkasakan wanita OKU fizikal dalam memulakan perniagaan. Di samping itu, makalah ini turut membincangkan justifikasi ilmiah kepada cadangan bagi pembinaan Model Pemerkasaaan Ekonomi (Keusahawanan) Wanita OKU Fizikal sebagai output kajian ini.