Mohd Daud Bakar : tokoh keusahawanan syariah

Kajian ini berkaitan Mohd Daud Bakar yang menduduki tempat keenam dalam kalangan 10 orang cendekiawan kewangan Islam dunia menurut Global Islamic Finance Report 2015. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bagi tahun 2022. Kajian ini dilakukan bagi menelusuri latar kehidupan t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Othman Sahalan, Muhammad Adib Samsudin, Mohammad Zaini Yahaya
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21171/
http://journalarticle.ukm.my/21171/1/HDD%203.pdf
Description
Summary:Kajian ini berkaitan Mohd Daud Bakar yang menduduki tempat keenam dalam kalangan 10 orang cendekiawan kewangan Islam dunia menurut Global Islamic Finance Report 2015. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam bagi tahun 2022. Kajian ini dilakukan bagi menelusuri latar kehidupan tokoh kewangan Islam dan penasihatan syariah terkemuka. Beliau pernah dikritik kerana memberikan pandangan yang bertentangan dengan pendirian penasihat syariah lain di peringkat nasional mahupun antarabangsa terutamanya Timur Tengah berkaitan mata wang kripto. Tokoh ini bukan sahaja pakar dalam bidang Usul Fiqh tetapi memindahkan kepakaran itu dalam bidang keusahawanan yang baharu iaitu keusahawanan syariah yang merupakan satu inovasi dalam keusahawanan Islam. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan pengumpulan data menggunakan temu bual dan analisis kandungan. Data dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Daud Bakar adalah seorang tokoh dalam kalangan cendekiawan syariah yang telah mentransformasikan bidang penasihatan syariah dalam kewangan Islam daripada hanya kerjaya separuh masa kepada satu bentuk keusahawanan Islam iaitu Keusahawanan Syariah.