Kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi. Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tida...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, Maizatul Haizan Mahbob, Abdul Latiff Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20834/
http://journalarticle.ukm.my/20834/7/29285-89858-1-SM.pdf
Description
Summary:Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi non verbal dalam organisasi. Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu tersebut. Selain itu, komunikasi juga merupakan proses dua hala yang mana kedua-dua belah pihak harus memberi respons terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan. Tanpa disedari sebenarnya, komunikasi non verbal menjadi pelengkap kepada komunikasi verbal. Komunikasi non verbal ini merupakan satu bentuk mesej yang penting kerana boleh menafsir emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar daripada kecemerlangan sesebuah organisasi adalah berhubungkait dengan keberkesanan proses komunikasi. Kajian lepas membincangkan komunikasi non verbal dari sudut tingkah laku, sikap dan hanya memfokuskan kepada pelajar sahaja. Kajian di dalam organisasi sangat sedikit. Oleh yang demikikian, komunikasi non verbal dalam organisasi seharusnya diberi lebih penekanan kerana ia sangat penting dalam memastikan pekerja lebih memahami konsep sebenar komunikasi non verbal agar mesej tidak disalah tafsir.