Hulu Tembeling sebagai pusat difusi dialek di Lembangan Sungai Pahang
Makalah ini membincangkan perihal penentuan kawasan difusi dialek di lembangan Sungai Pahang. Untuk itu, makalah ini mencadangkan Hulu Tembeling sebagai kawasan yang memenuhi kriterianya. Pemilihan kawasan ini disandarkan pada bukti linguistik dan sejarah. Bukti linguistik terbangun daripada c...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20522/ http://journalarticle.ukm.my/20522/1/59268-196107-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini membincangkan perihal penentuan kawasan difusi dialek di lembangan
Sungai Pahang. Untuk itu, makalah ini mencadangkan Hulu Tembeling sebagai kawasan
yang memenuhi kriterianya. Pemilihan kawasan ini disandarkan pada bukti linguistik dan
sejarah. Bukti linguistik terbangun daripada cerapan menetapkan bahawa dialek di Hulu
Tembeling memperlihatkan ciri fonologi khusus yang membolehkannya membentuk
cabang tersendiri dalam kelompok dialek Melayu Semenanjung timur. Bukti ini
kemudiannya diperkuatkan dengan bukti sejarah yang mengarah pada penonjolan Hulu
Tembeling sebagai salah satu kawasan petempatan awal di Semenanjung. Data dialek
Melayu Hulu Tembeling dikumpul di lapangan pada tahun 2011, 2012, 2016, 2020, 2021
dan dianalisis menerusi kerangka dialektologi diakronik dengan menumpukan pada unsur
retensi bahasa purba. Hasil analisis menunjukkan keberadaan ciri pengekalan vokal tinggi
bahasa purba pada posisi suku kata praakhir. Pengekalan ciri ini membawa maksud dialek
Melayu Hulu Tembeling tercakup sebagai dialek yang dituturkan di kawasan relik, justeru
merupakan dialek konservatif. Retensi dan sifat konservatif yang dimilikinya menjadi
bukti bahawa dialek ini lebih tua dan purba, maka wajar diangkat sebagai calon terbaik
bagi kawasan difusi dialek di seluruh lembangan Sungai Pahang. Kesimpulan ini
diperkukuhkan dengan bukti arkeologi dan sejarah yang menunjukkan pembentukan
peradaban dan kependudukan di Sungai Tembeling lebih awal berbanding dengan kawasan
lain di lembangan Sungai Pahang. Implikasi terpenting dapatan makalah ini membawa
perspektif baharu mengenai pusat penyebaran dialek di Pahang yang selama ini tertumpu
semata-mata pada daerah Pekan. |
|---|