Kesan pemoderat jawatankuasa kelestarian ke atas hubungan antara pemilikan syarikat dan kualiti pelaporan kelestarian di Malaysia
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilikan kerajaan dan pemilikan keluarga dengan kualiti pelaporan kelestarian di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji kesan pemoderat jawatankuasa kelestarian ke atas hubungan antara struktur pemilikan dan kualiti pelaporan kelestarian. Mot...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19184/ http://journalarticle.ukm.my/19184/1/35879-118973-1-PB.pdf |
| Summary: | Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilikan kerajaan dan pemilikan keluarga dengan
kualiti pelaporan kelestarian di Malaysia. Kajian ini turut mengkaji kesan pemoderat jawatankuasa kelestarian ke
atas hubungan antara struktur pemilikan dan kualiti pelaporan kelestarian. Motivasi kajian ini adalah arahan Bursa
Malaysia mewajibkan syarikat tersenarai menyediakan penyata kelestarian pada tahun 2015. Sampel kajian terdiri
daripada 100 syarikat terbesar yang tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan saiz pasaran modal. Data dikumpul
daripada laporan tahunan syarikat bagi tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017. Kualiti pelaporan kelestarian diukur
menggunakan skor indeks Global Reporting Initiative (GRI) 3.1 yang mempunyai 79 petunjuk ukuran. Penemuan kajian
membuktikan bahawa pemilikan kerajaan berhubungan positif dengan kualiti pelaporan kelestarian. Sebaliknya, pemilikan
keluarga adalah berhubungan negatif dengan kualiti pelaporan kelestarian. Kajian ini juga mendapati jawatankuasa
kelestarian melemahkan hubungan negatif antara pemilikan keluarga dan kualiti pelaporan kelestarian. Namun,
didapati jawatankuasa kelestarian tidak menguatkan hubungan positif antara pemilikan kerajaan dan kualiti pelaporan
kelestarian. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur pelaporan kelestarian dan memberi input kepada Bursa
Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti mengenai kualiti pelaporan kelestarian dan kepentingan jawatankuasa kelestarian. |
|---|