Kajian persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian bagi kursus penulisan pantun kreatif
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian menjadi satu kelaziman baharu yang berlaku di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia. Proses menuntut ilmu yang sebelum ini secara bertatap muka dengan guru atau pensyarah, kini hanya di skrin komputer atau telefon pintar masing-masing. Peru...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17883/ http://journalarticle.ukm.my/17883/1/52306-171721-1-PB.pdf |
| Summary: | Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian menjadi satu kelaziman baharu
yang berlaku di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia. Proses menuntut ilmu yang
sebelum ini secara bertatap muka dengan guru atau pensyarah, kini hanya di skrin komputer
atau telefon pintar masing-masing. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh penularan wabak
pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini dan pastinya perubahan yang
berlaku secara tiba-tiba ini memberi kesan terhadap proses PdP yang berlangsung. Kajian ini
bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan proses PdP secara dalam talian
bagi kursus Penulisan Pantun Kreatif. Responden penelitian ini melibatkan lebih kurang 60
orang pelajar yang mendaftar kursus ini pada Semester II Sesi Akademik 2020-2021. Borang
soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang juga merupakan instumen utama
kajian. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan proses PdP kursus
ini yang dijalankan secara dalam talian terutama dari segi input yang dicapai oleh pelajar
setelah mengikuti kursus berbentuk kemahiran ini. Dapatan penelitian ini adalah penting
untuk melihat kelemahan sekiranya ada terhadap pelaksanaan PdP kursus Penulisan Pantun
Kreatif secara dalam talian dan langkah susulan yang perlu diambil untuk membaiki
kelemahan yang berlaku. Hasil daripada kajian ini juga penting untuk dijadikan panduan
dalam melestarikan kursus kemahiran ini pada masa-masa akan datang seandainya proses
PdP ini masih dijalankan secara dalam talian. |
|---|