Dorongan kelangsungan usahawan wanita dalam perusahaan batik dan songket
Peningkatan wanita dalam aktiviti perniagaan di bandar dan luar bandar telah menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Golongan wanita di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu dilihat agak menonjol memasuki dunia perniagaan. Mereka sangat aktif mengusahakan dua jen...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17468/ http://journalarticle.ukm.my/17468/1/41360-159752-2-PB.pdf |
| Summary: | Peningkatan wanita dalam aktiviti perniagaan di bandar dan luar bandar telah menjadi pemangkin utama kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Golongan wanita di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu dilihat
agak menonjol memasuki dunia perniagaan. Mereka sangat aktif mengusahakan dua jenis perusahaan berasaskan
kraftangan iaitu batik dan songket. Pembabitan wanita di dalam keusahawanan batik dan songket bukan sahaja
membantu dalam aspek ekonomi keluarga malah merealisasikan keinginan mereka menjadi seorang usahawan wanita.
Kajian ini bertujuan menganalisis dorongan pembentukan usahawan batik dan songket wanita di Malaysia. Reka bentuk
kajian kes kualitatif digunakan dengan menggunakan temu bual mendalam dan pemerhatian ke atas 12 orang usahawan
batik dan songket yang dipilih melalui kaedah pensampelan snowball di Kelantan dan Terengganu. Hasil temu bual
mendalam dianalisis secara tematik manakala pemerhatian dianalisis melalui catatan nota lapangan, gambar visual
dan rakaman suara. Hasil kajian menunjukkan dorongan kepada pembentukan usahawan batik dan songket wanita,
asasnya adalah pengaruh keluarga yang terdiri daripada proses sosialisasi keluarga, kemahiran keluarga, minat dan
sumbangan kepada keluarga. Oleh itu, dorongan mereka dalam keusahawanan batik dan songket dapat dikaitkan
dengan asuhan dan pendedahan berterusan daripada keluarga bagi membentuk usahawan wanita. Melalui aktiviti
keusahawanan yang diceburi, usahawan wanita berpotensi menjana pendapatan yang tinggi terhadap keluarga mereka.
Keuntungan yang tinggi yang diperolehi melalui industri batik dan songket juga memberi dorongan kepada golongan
wanita lain untuk turut serta dalam keusahawanan batik dan songket di Malaysia. |
|---|