Impak pendekatan konkrit-gambar-abstrak berbantukan kajian pengajaran kolaboratif terhadap profisiensi murid Tahun Empat dalam topik luas
Kajian Pengajaran Kolaboratif (CLR) adalah penambahbaikan kepada Lesson Study bagi meningkatkan kecekapannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada pendekatan konkrit-gambar-abstrak (KGA) yang dibina berdasarkan kitaran CLR dapat memberi impak positif terhadap profisiensi murid Tahun Empat...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17347/ http://journalarticle.ukm.my/17347/1/42171-158267-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian Pengajaran Kolaboratif (CLR) adalah penambahbaikan kepada Lesson Study bagi meningkatkan
kecekapannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada pendekatan konkrit-gambar-abstrak (KGA) yang
dibina berdasarkan kitaran CLR dapat memberi impak positif terhadap profisiensi murid Tahun Empat dalam
topik luas. Reka bentuk kajian adalah counterbalanced dengan ujian pra dan pasca diberikan pada setiap
kitaran CLR. Sampel kajian adalah terdiri daripada 115 orang murid yang dipilih melalui pensampelan rawak
berkelompok dan dibahagikan kepada tiga kumpulan bersama tiga orang guru. Ujian-t sampel berpasangan
dijalankan bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca bagi setiap
kitaran CLR yang terlibat, manakala ujian ANOVA satu hala dijalankan untuk menganalisis sekiranya terdapat
peningkatan min skor profisiensi daripada kitaran CLR pertama, kedua, dan ketiga. Dapatan menunjukkan
terdapat peningkatan min skor ujian pasca berbanding min skor ujian pra, serta perbezaan yang siginifikan
antara min skor antara kitaran CLR pertama, kedua, dan ketiga. Kesimpulannya, kitaran CLR yang dijalankan
membantu guru dalam membentuk rancangan pengajaran yang lebih baik berdasarkan pendekatan KGA, di
samping meningkatkan profisiensi murid dan kemahiran guru dalam topik luas. Implikasinya, kajian ini
memberikan pendedahan berkaitan amalan CLR dalam kajian dalam meningkatkan profesionalisme guru. |
|---|