Ahimsa Mahatma Gandhi: perspektif tokoh Hindu di Malaysia
Ahimsa, konsep tanpa kekerasan mempunyai pengaruh yang besar samaada dalam dunia akademik, agama, politik dan pergerakan sosial. Ia telah menjadi bahan kajian oleh ramai pengkaji dan juga pengamal politik atau aktivis yang memperjuangkan hak mereka. Makalah ini ditulis untuk mendapatkan perspektif...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15015/ http://journalarticle.ukm.my/15015/1/25074-106507-1-PB.pdf |
| Summary: | Ahimsa, konsep tanpa kekerasan mempunyai pengaruh yang besar samaada dalam dunia akademik, agama,
politik dan pergerakan sosial. Ia telah menjadi bahan kajian oleh ramai pengkaji dan juga pengamal politik
atau aktivis yang memperjuangkan hak mereka. Makalah ini ditulis untuk mendapatkan perspektif baru
berkenaan ahimsa Mahatma Gandhi iaitu daripada tokoh-tokoh Hindu di Malaysia. Objektifnya adalah untuk
melihat ahimsa dari sudut pandang tokoh-tokoh agama Hindu di Malaysia, seterusnya menilaikan kebolehterimaannya
di dalam negara ini. Kajian ini berekabentuk kualitatif, di mana kaedah pengumpulan data yang
digunakan ialah temubual responden. Temu bual dijalankan melibatkan tokoh-tokoh Hindu yang memegang
jawatan penting di Ibu Pejabat pertubuhan mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Data-data yang
diperoleh dibentang dalam bentuk deskriptif. Hasil kajian mendapati, ahimsa secara umumnya dapat diterima
dalam pengamalan di Malaysia. Namun, terdapat perbezaan pandangan berkenaan pengamalan ahimsa
Gandhi dalam konteks dan suasana di negara ini. Ini menunjukkan bahawa Gandhi dengan ahimsanya tidak
diterima secara sepakat oleh tokoh-tokoh Hindu walaupun konsep ahimsa ini ada dalam agama mereka. |
|---|