Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kebimbangan bahasa guru pelatih major bahasa Arab

Kegagalan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Arab dikaitkan dengan kekurangan pengetahuan tentang gaya pembelajaran yang betul. Tahap kebimbangan bahasa dalam kelas juga boleh menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Aznida Aziz (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kegagalan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek bahasa Arab dikaitkan dengan kekurangan pengetahuan tentang gaya pembelajaran yang betul. Tahap kebimbangan bahasa dalam kelas juga boleh menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya pembelajaran yang menjadi amalan guru pelatih major bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Malaysia dan tahap kebimbangan bahasa yang dialami oleh mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap kebimbangan bahasa dengan pencapaian akademik. Kajian ini melibatkan 160 orang responden daripada empat Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mempunyai kelas major bahasa Arab. Kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif ini menggunakan soal selidik gaya pembelajaran bahasa Arab yang diadaptasi daripada Gaya Pembelajaran Persepsi Reid dan Skala Kebimbangan Bahasa Dalam Kelas oleh Horwitz serta ujian pencapaian bahasa Arab sebagai alar kajian utama untuk mengumpul data. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih major bahasa Arab rnenggunakan gaya pembelajaran pada tahap major. Gaya pembelajaran kinestetik ialah gaya pembelajaran yang paling kerap digunakan, manakala gaya pembelajaran individu adalah gaya pembelajaran yang paling kurang digunakan. Tahap kebirnbangan bahasa guru pelatih adalah pada tahap sederhana, di mana kebimbangan terhadap penilaian negatif merupakan konstruk yang paling kerap. Tahap kebimbangan yang paling rendah yang adalah konstruk berkomunikasi. Tahap pencapaian bahasa Arab guru pelatih pula berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi signifikan antara tahap kebimbangan bahasa dengan dengan pencapaian bahasa Arab. Ujian-T pula mendapati tahap gaya pembelajaran tidak mempunyai hubungan signifikan dengan pencapaian bahasa Arab. Hasil ujian ANOV A Sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada pencapaian bahasa Arab berdasarkan tahap kebimbangan bahasa. Bagi ujian MANOV A pula, terdapat perbezaan signifikan pada tahap kebimbangan bahasa berdasarkan jantina. Ujian Regresi Berganda menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan oleh tahap kebirnbangan bahasa terhadap pencapaian bahasa Arab. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan mutu bahasa Arab dalam kalangan guru pelatih major bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa kajian lanjutan untuk penambahbaikan bahasa Arab.
Physical Description:xv, 303 leaves: some colour illustrations; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (pages 249-259)