Penentu keselamatan pekerjaan dalam industri automotif nasional : kajian kes di kilang

Keselamatan pekerjaan menjadi salah satu alternatif penyelesaian dalam bidang sumber manusia untuk mengurangkan kos pentadbiran dan meningkatkan tahap keselamatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis hubungan antara faktor penentu dan keselamatan pekerjaan dan menentukan faktor domina...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Azma Rahlin
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language:Malay
Published: 2012.
Subjects:
LEADER 03235cam a2200241 7i4500
001 0000081907
005 20180619090000.0
008 121231s2012 my may
050 0 0 |a HC445.5.Z9 
090 0 0 |a HC445.5.Z9   |b N67 2012 
100 0 |a Nor Azma Rahlin  
245 1 0 |a Penentu keselamatan pekerjaan dalam industri automotif nasional :   |b kajian kes di kilang   |c Nor Azma binti Rahlin. 
260 |a 2012. 
300 |a xxi, 250 leaves;   |c 30 cm. 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Sumber Manusia) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2012 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 234-250) 
520 |a Keselamatan pekerjaan menjadi salah satu alternatif penyelesaian dalam bidang sumber manusia untuk mengurangkan kos pentadbiran dan meningkatkan tahap keselamatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis hubungan antara faktor penentu dan keselamatan pekerjaan dan menentukan faktor dominan yang mempengaruhi keselamatan pekerjaan dalam industri pembuatan automotif nasional. Instrumen kajian diadaptasi daripada Vinodkumar dan Bashi (2009) yang mengandungi 75 soalan dan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu faktor demografik, faktor penentu keselamatan dan keselamatan pekerjaan. Instrumen yang menggunakan dua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah diagihkan kepada 210 responden terpilih. Hasil daripada pengumpulan data mendapati sebanyak 92.8 peratus atau 195 responden yang terdiri daripada kumpulan pekerja dan penyelia telah menjawab soal selidik ini. Analisis yang digunakan termasuklah deskriptif, korelasi Pearson, dan regresi. Hasil analisis awalan mendapati ujian kebolehpercayaan menunjukkan pekali alfa 0.853 dan data secara keseluruhannya bertaburan normal. Hasil kajian ini mendapati tahap keselamatan dalam industri pembuatan automotif pada tahap sederhana dengan mencatatkan nilai min sebanyak 3.22. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan signifikan bagi setiap faktor penentu keselamatan pekerjaan terhadap semua faktor demografik. Kajian ini juga memaparkan hasil analisis korelasi pearson faktor penentu keselamatan pekerjaan berhubungan secara positif dengan keselamatan pekerjaan kecuali bagi tekanan kerja. Selain itu, faktor penguatkuasaan undang-undang peraturan keselamatan, faktor keselamatan persekitaran kerja dan komitmen dan penglibatan pengurusan didapati mempunyai hubungan signifikan dengan keselamatan pekerjaan masing-masing dengan nilai koefisyen korelasi Pearson (0.25; p < 0.01), (0.20; p < 0.01) dan (0.15; p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan, 12 peratus model keselamatan pekerjaan diterangkan oleh dimensi penentu keselamatan pekerjaan. Kajian ini mendapati penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan, keselamatan persekitaran kerja, komitmen dan penglibatan pengurusan perlu diberi perhatian untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dalam industri pembuatan automotif nasional. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin --   |x Dissertations  
650 0 |a Dissertations, Academic  
650 0 |a Industrial policy --   |z Malaysia  
650 0 |a High technology industries --   |z Malaysia  
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin  
999 |a 1000148575  |b Thesis  |c Reference  |e Badak Thesis Collection