Analisa tegasan bagi paip fungsi bahan bergred dikenakan bebanan haba

Paip merupakan komponen yang penting untuk menyalurkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Suhu dan tekanan di dalam paip yang kebiasaannya lebih tinggi berbanding di luar menyebabkan tumpuan tegasan yang tinggi dialami oleh dinding dalam paip. Peningkatan tekanan boleh menyebabkan paip p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Pa, Mohd Nasir
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7760/
http://eprints.uthm.edu.my/7760/1/MOHD_NASIR_BIN_CHE_PA.pdf
Description
Summary:Paip merupakan komponen yang penting untuk menyalurkan bendalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Suhu dan tekanan di dalam paip yang kebiasaannya lebih tinggi berbanding di luar menyebabkan tumpuan tegasan yang tinggi dialami oleh dinding dalam paip. Peningkatan tekanan boleh menyebabkan paip pecah. Taburan tegasan pada dinding paip boleh diubah dengan mengaplikasikan konsep fungsi bahan bergred (functionally graded materials, FGMs). Pengaplikasian konsep FGMs dapat mewujudkan keadaan tegasan yang baik bagi sesebuah paip berbanding bahan homogen. Justeru di dalam kajian ini perbandingan paip dengan bahan berkonsepkan FGMs dan bahan homogen dibandingkan dengan bantuan kaedah unsur terhingga menggunakan perisian ANSYS. Sebagai subjek kajian, tiga model paip dengan komposisi aloi NiCu dibangunkan iaitu paip diperbuat daripada aloi NiCu homogen (H1), aloi NiCu kaya kandungan Cu pada dinding dalam (FGM1) dan aloi NiCu kaya kandungan Ni pada dinding dalam (FGM2). Tiga keadaan suhu dan tekanan bendalir yang berbeza dikaji iaitu masing-masing 250, 500 dan 750 ˚C dan 1 , 2 dan 5 MPa. Hasil simulasi menunjukkan bahawa taburan tegasan paip FGM1 dan FGM2 adalah lebih rendah berbanding dengan H1. Ini menunjukkan taburan tegasan pada paip berkonsepkan FGMs adalah lebih baik berbanding dengan paip sedia ada.