Isu-isu kualiti hidup masyarakat di bandar

Dalam membicarakan aspek kualiti hidup masyarakat di bandar, banyak perkara yang harus dipertimbangankan. Ini adalah sejajar dengan pembangunan dan keupayaan sesebuah habitat (bandar) untuk terus berkembang mengikut garis panduan Dasar Alam Sekitar Negara. Karya suntingan ini telah memilih untuk mem...

Full description

Bibliographic Details
Other Authors: Syafii, Haryati
Format: Book
Published: Penerbit UTHM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/6001/
Description
Summary:Dalam membicarakan aspek kualiti hidup masyarakat di bandar, banyak perkara yang harus dipertimbangankan. Ini adalah sejajar dengan pembangunan dan keupayaan sesebuah habitat (bandar) untuk terus berkembang mengikut garis panduan Dasar Alam Sekitar Negara. Karya suntingan ini telah memilih untuk memberi perhatian terhadap isu kualiti hidup yang melibatkan masyarakat di bandar dan persekitaran. Isu ini cukup relevan untuk dibicarakan memandangkan isu perbandaran dan kelestarian semakin mendapat perhatian dan diperdebatkan hari ini adalah merangkumi kualiti hidup dan kesejahteraan bandar. Karya suntingan ini telah menumpukan perhatian terhadap isu-isu kualiti hidup yang mencakupi Keselesaan penduduk ke tempat bekerja yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Analisis pencemaran udara (PM 10) di sekitar laluan tapak pembinaan UTHM: kesan ke atas persekitaran dan kualiti hidup penduduk; Pengangkutan di bandar impak terhadap alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat di bandar: satu perspektif umum; Keselesaan di jalan raya mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar; Pendidikan alam sekitar ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia: isu dan cabaran dan Pembangunan modal insan ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Isu-isu kualiti hidup yang mencakupi aspek keselesaan di jalan raya, keselesaan ke tempat bekerja, pendidikan dan modal insan telah dibahas dan dihuraikan dengan begitu menarik dan terfokus bertujuan bukan sahaja sebagai perkongsian ilmu, tetapi yang paling utama adalah sebagai mengisi percambahan ilmu, dalam bidang pengurusan persekitaran.;