Diaspora rumpun Melayu di Muar, Johor, Malaysia

Kertas kerja ini cuba mendedahkan dan meneliti perilaku merantau dan serakkan petempatan rumpun Melayu di Muar. Merantau dan perantauan adalah dua elemen yang membina tradisi leluhur rumpun Melayu yang menyediakan kekuatan fizikal dan mental mereka. Walau bagaimanapun kajian ini tidak membicarakan a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Mohd Akbal, Abdul Fattah, Rafiuddin Afkari
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/4549/
http://eprints.uthm.edu.my/4549/1/diaspora_rumpun...malaysia_U.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini cuba mendedahkan dan meneliti perilaku merantau dan serakkan petempatan rumpun Melayu di Muar. Merantau dan perantauan adalah dua elemen yang membina tradisi leluhur rumpun Melayu yang menyediakan kekuatan fizikal dan mental mereka. Walau bagaimanapun kajian ini tidak membicarakan aspek perantauan menyeluruh perantau Melayu. Pergerakan merantau di Alam Melayu tertumpu di beberapa wilayah pantai barat semenanjung sesuai dengan kedudukan dan keistimewaan Tanah Melayu berbanding wilayah lain. di rantau kepulauan Melayu. Kajian ini menjelaskan pemikiran merantau, konsep perantau, zon perayauan mereka dan perkembangan lokaliti masyarakat dan petempatan perantau di daerah Muar. Perantau Melayu menjadikan daerah Muar sebagai destinasi dun Sungai Muar menjadi landmark kepada zon perayauan mereka. Kehadiran mereka telah memastikan Sungai Muar berfungsi sebagai pintu masuk utama perantau, khususnya dari Pulau Jawa dan Sumatera mudik jauh ke hulu Sungai Muar dun membentuk beberapa koloni di situ. Kemakmuran di hulu sungai Muar dan kesuburan pesisiran pantai Selat Melaka memungkinkan perkembangan pesat petempatan baharu dilakukan. Akhirnya, kajian ini mendapati penelitian terhadap perkembangan perantauan dun petempatan serta sosio ekonomi mampu menyumbang kepada pencerahan dan penjemihan kefahaman pergerakan dan hubungan di antara a'ua pesisir pantai Selat Melaka.