Membendung gejala pelajar berisiko tinggi pada awal pengajian: satu pengalaman di Institusi Pengajian Tinggi Awam
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002) menegaskan akan perlunya warga Malaysia menguasai ilmu bagi menangkis negara dimangsai. Ballantine, Jeanne H. (1997) menjelaskan fungsi pendidikan sebagai pembentuk ahli masyarakat yang produktif dan mewarisi budaya, penyebar budaya, m...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/4113/ http://eprints.uthm.edu.my/4113/1/Membendung_Gejala_Pelajar_Berisiko_Tinggi_Pada_Awal_Pengajian.pdf |
Summary: | Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002)
menegaskan akan perlunya warga Malaysia menguasai ilmu bagi menangkis
negara dimangsai. Ballantine, Jeanne H. (1997) menjelaskan fungsi pendidikan
sebagai pembentuk ahli masyarakat yang produktif dan mewarisi budaya,
penyebar budaya, mengawal sosial dan perkembangan sosial, menentukan
pemilihan, latihan dan kedudukan individu dalam masyarakat dan menjadi
media utama untuk melakukan perubahan dan pembaharuan. Penguasaan ilmu
seseorang diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan yang
ditetapkan oleh penyampai ilmu. Pembendungan kejadian pelajar berisiko atau
pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan di institut pengajian tinggi perlu
diberi perhatian serius terutamanya apabila didominasi oleh satu-satu
kelompok identiti pelajar sebagai usaha untuk menambah bilangan rakyat
Malaysia yang menguasai ilmu. Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
telah merancang dan melaksanakan program pembendungan gejala pelajar
berisiko tinggi di peringkat awal pengajian dan ingin berkongsi pengalaman.
Program ini dilaksanakan ke atas kumpulan pelajar-pelajar sulung Sarjana
Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ianya lebih bersifat `pencegahan’ dan
bukannya `mengubati’, dengan mengambilkira prosedur pembangunan sumber
manusia. Didapati keputusan peperiksaan semester pertama semua pelajar ini
mencapai tahap kedudukan baik dan membanggakan pihak fakulti dan jabatan. |
---|