Hubungan kecerdasan emosi dengan penguasaan kemahiran pelajar kolej komuniti

Kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran pengenalan emosi sendiri, tahap kesedaran pengurusan emosi, tahap kesedaran permotivasian emosi, tahap kesedaran empati, tahap kesedaran kemahiran bersosial pelajar aliran kemahiran kolej komuniti dan seterusnya menentukan hubungan kecerd...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sauki, Nur Azyyati, Husin, Samsudin
Format: Conference or Workshop Item
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3333/
http://eprints.uthm.edu.my/3333/1/8.pdf
Description
Summary:Kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran pengenalan emosi sendiri, tahap kesedaran pengurusan emosi, tahap kesedaran permotivasian emosi, tahap kesedaran empati, tahap kesedaran kemahiran bersosial pelajar aliran kemahiran kolej komuniti dan seterusnya menentukan hubungan kecerdasan emosi terhadap penguasaan kemahiran pelajar. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif. Data yang diperoleh menerusi edaran set soal selidik akan diproses menggunakan perisian SPSS For Windows. Data depersembahkan secara diskriptif menggunakan min, mod, median dan peratusan, serta secara inferensi menggunakan Kolerasi Pearson. Lokasi serta populasi kajian ialah pelajar yang mendaftar untuk setiap fakulti di Kolej Komuniti Bandar Baru Darulaman, Kolej Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Segamat dan Kolej Komuniti Cawangan Raub. Sampel dipilih secara rawak berlapis, bagi setiap Kolej Komuniti. Merujuk kepada ‘Department of Polytechnic and Community College Education, Ministry of Higher Education Malaysia’(2010), jumlah bagi pelajar yang mendaftar di kedua-dua buah kolej komuniti tersebut adalah seramai lebih kurang 1030 orang pelajar. Seramai 280 orang responden dipilih berdasarkan Jadual penentuan Saiz sampel seperti yang telah dikemukakan oleh Krejei dan Morgan (1970). Penyelidikan ini dijangka akan dapat mengenalpasti tahap kecerdasan emosi pelajar aliran kemahiran serta hubungan di antara kecerdasan emosi dengan penguasaan kemahiran pelajar di Kolej Komuniti.