Pendekatan tauhid dalam kepemimpinan pendidikan
Kepemimpinan menjadi elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menjadi tersangat penting apatahlagi apabila dihubungkaitkan dengan dunia pendidikan. Kepemimpinan merupakan satu tanggungjawab yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan y...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3315/ http://eprints.uthm.edu.my/3315/1/25._PKPGB_5.pdf |
Summary: | Kepemimpinan menjadi elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menjadi tersangat penting apatahlagi apabila dihubungkaitkan dengan dunia pendidikan. Kepemimpinan merupakan satu tanggungjawab yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan. Misi universiti yang menekankan konsep tauhid dalam segala urusan menunjukkan kepentingan amalan tauhid dalam kehidupan hari ini. Sebelum universiti berjaya meraih sepenuhnya misi tersebut, setiap pemimpin atasan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pentadbiran universiti haruslah mendalami serta mengamalkan maksud setiap bait dalam misi tersebut, yang menekankan konsep tauhid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi melihat keberkesanan pendekatan tauhid dalam kepemimpinan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Majoriti responden turut mengamalkan strategi yang dinyatakan dalam melaksanakan pendekatan tauhid di dalam konsep kepimpinan mereka. Daripada kajian ini juga secara umumnya mendapati bahawa ciri-ciri kepimpinan yang dikaji di dalam kajian ini mempunyai perkaitan dengan pendekatan kepimpinan yang telah sedia ada, khususnya dari Barat. Oleh itu, kepimpinan yang berteraskan Islam ini merupakan pendekatan yang terbaik di dalam memimpin sesebuah organisasi. |
---|