Kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Mekatronik di politeknik

Kajian ini ialah untuk melihat isu-isu yang wujud di politeknik berhubung penggunaan laman web sebagai media pengajaran. Antara isu-isu tersebut ialah pengajaran berasaskan laman web yang digunakan dalam membantu kefahaman pelajar dan persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web sebagai media penga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yasak, Zurina, Mohamad, Baharom, Esa, Ahmad, Shabuddin, Shahrizal
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2689/
http://eprints.uthm.edu.my/2689/1/28._Pendidikan_Sains_dan_Teknologi_2009_3_.pdf
Description
Summary:Kajian ini ialah untuk melihat isu-isu yang wujud di politeknik berhubung penggunaan laman web sebagai media pengajaran. Antara isu-isu tersebut ialah pengajaran berasaskan laman web yang digunakan dalam membantu kefahaman pelajar dan persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web sebagai media pengajaran mereka. Seterusnya masalah yang wujud di politeknik dalam menjadikan laman web sebagai media pengajaran. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tahun akhir kursus diploma elektrik mekatronik di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Kedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran berasaskan laman web telah dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap subjek yang dipelajari. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya kekangan yang wujud dalam proses pengajaran berasaskan laman web antaranya ialah tahap kemahiran para pendidik, tahap literasi komputer pelajar, prasarana yang tidak lengkap, faktor masa dan lokasi politeknik. Beberapa cadangan dikemukakan bagi membantu usaha menjayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web di politeknik antaranya ialah meningkatkan tahap literasi komputer para pensyarah, meningkatkan tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar dan meningkatkan prasarana komputer politeknik.