Peranan kem motivasi pelajar harapan PROPEMP dalam membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar FKE

Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik adalah merupakan salah satu aspek terpenting dalam mengukur kejayaan sistem akademik di sesebuah universiti selain daripada mengukur kejayaan seseorang pelajar itu sendiri. Peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam akademik iaitu yang mencapai pres...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Isa, Khalid, Mohamed, Masnani, Jalani , Jamaludin, Tukiran, Zarina, Jumaat, Siti Amely, Fuad, Norfaiza, Ahmad, Ida Laila, Mohamad, Shamsul, Mohd Muji , Siti Zarina
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2328/
http://eprints.uthm.edu.my/2328/1/4A%2DPeranan_Kem_Motivasi.pdf
Description
Summary:Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik adalah merupakan salah satu aspek terpenting dalam mengukur kejayaan sistem akademik di sesebuah universiti selain daripada mengukur kejayaan seseorang pelajar itu sendiri. Peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam akademik iaitu yang mencapai prestasi CPA melebihi 3.0 menggambarkan kualiti dan keberkesanan sistem akademik yang diamalkan. Bagi memastikan hal yang demikian berlaku, usaha yang mendorong ke arah peningkatan ketrampilan pelajar perlu dilaksanakan secara berterusan. Program sokongan berterusan seperti kem motivasi merupakan salah satu usaha yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan kecemerlangan akademik dan ketrampilan pelajar. Kertas kerja ini ditulis bagi tujuan berkongsi pengetahuan dan pengalaman Jawatankuasa Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP) dalam menganjurkan kem motivasi kepada pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Pada dasarnya, kem motivasi ini adalah khusus kepada para pelajar yang mendapat CPA antara 1.7 hingga 2.5 pada Semester 1 Sesi 2007/2008. Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan, pelaksanaan dan hasil kem motivasi yang telah dijalankan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang terpilih. Hasil daripada maklumbalas pelajar didapati bahawa program kem motivasi yang telah dijalankan ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi motivasi dan dorongan untuk mengubah ketrampilan pelajar agar menjadi lebih cemerlang dalam bidang akademik serta sahsiah diri. Penganalisaan dan pemantauan prestasi serta pencapaian akademik para pelajar yang terpilih masih diteruskan bagi menilai keberkesanan kem motivasi yang telah dijalankan.