Analisis pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd dalam buku Voice an Exile: Reflection on Islam
Nasr Hamid Abu Zayd adalah pemikir moden Muslim yang berkehendak kepada sikap keterbukaan dalam syariat Islam sehingga tegar untuk mengkritik al-Qur’an dan menolak al-Sunnah sebagai sumber rujukan kedua. Malah, beliau menggesa untuk mengkaji semula al-Quran serta menyarankan untuk membuka pintu ijti...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/10177/ |
Summary: | Nasr Hamid Abu Zayd adalah pemikir moden Muslim yang berkehendak kepada
sikap keterbukaan dalam syariat Islam sehingga tegar untuk mengkritik al-Qur’an
dan menolak al-Sunnah sebagai sumber rujukan kedua. Malah, beliau menggesa
untuk mengkaji semula al-Quran serta menyarankan untuk membuka pintu ijtihad
kepada hukum-hukum yang telah jelas nasnya dalam al-Quran mahu pun al-hadith.
Pemikiran Abu Zayd tentang Islam telah dikongsi kepada umum dengan terbitnya
bibliografi yang berjudul Voice an Exile: Reflection on Islam yang telah ditulis
bersama Esther. Buku ini membongkar sejarah hidup beliau sejak dari kecil sehingga
beliau dikenali sebagai seorang pemikir moden Muslim. Pemikiran beliau telah
menggemparkan dunia Islam dengan aliran pemikiran yang mengkritik al-Quran
dan syariatnya. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu kontroversi dan
menganalisis pemikiran beliau yang terkandung dalam buku ini. Metode yang
digunakan untuk kajian ini adalah analisis kandungan dan pengekodan mudah pada
ayat-ayat yang menggambarkan kerancuan pemikiran Abu Zayd tentang Islam.
Kaedah mengenal pasti isu-isu kerancuan ini adalah berdasarkan kepada fatwa Jakim
2006 tentang pemikiran liberal. Hasil kajian mendapati kerancuan pemikiran beliau
wujud dalam dua aspek iaitu akidah dan syariat. Implikasi kajian menunjukkan
beliau seorang liberalis dan pemikiran liberalismenya telah disebarkan melalui karya
ini. Implikasi kajian ini menjelaskan buku Voice An Exile: Reflection On Islam tidak
sesuai untuk bacaan umum kerana ia boleh memberi kekeliruan tentang Islam. |
---|