Merekabentuk Dan Membangunkan Sistem Gerudi Berpandukan Koordinat

Projek sistem gerudi berpandukan koordinat ini adalah sebuah projek yang mengintegrasikan penggunaan komputer dan juga mesin gerudi. Gabungan antara komputer dan juga mesin adalah tidak asing lagi dalam dunia industri pada hari ini. Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu peris...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Azli , Che Azhar
Format: Monograph
Published: UTeM 2008
Subjects:
Online Access:http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000052421
http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?module=webopac-d&action=fullDisplayRetriever.jsp&szMaterialNo=0000052421
http://eprints.utem.edu.my/1123/1/Merekabentuk_Dan_Membangunkan_Sistem_Gerudi_Berpandukan_Koordinat_-_Mohamad_Azli_Che_Azhar_-_TJ1185.5.M39_2008_24_Pages.pdf
http://eprints.utem.edu.my/1123/2/Merekabentuk_Dan_Membangunkan_Sistem_Gerudi_Berpandukan_Koordinat_-_Mohamad_Azli_Che_Azhar_-_TJ1185.5.M39_2008-1.pdf
Description
Summary:Projek sistem gerudi berpandukan koordinat ini adalah sebuah projek yang mengintegrasikan penggunaan komputer dan juga mesin gerudi. Gabungan antara komputer dan juga mesin adalah tidak asing lagi dalam dunia industri pada hari ini. Projek ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu perisian dan juga perkakasan. Perisian yang dimaksudkan adalah Pengantaramuka Grafik Pengguna (GUI) yang dihasilkan dengan menggunakan perisian Visual Basic 6.0 (VB) atau Visual C++ manakala perkakasan pula adalah mesin gerudi yang boleh digerakkan pada paksi X, Y dan Z bagi membolehkan pengguna memilih tempat yang hendak digerudi. Operasi sistem ini ialah pengguna memasukkan koordinat lokasi yang ingin digerudi pada bahan kerja ke dalam komputer melalui GUI yang telah dihasilkan. Kemudian maklumat itu akan diproses oleh perisian tersebut sebelum dihantar kepada Pengawal Atucara Logik (PLC) melalui soket selari (parallel port) komputer. Akhir sekali, PLC akan menjalankan operasi mengikut program yang telah ditetapkan. Sistem yang menggabungkan penggunaan komputer dan perkakasan ini akan menghasilkan satu sistem automasi yang lengkap dan sempurna. Oleh yang demikian, projek ini amat sesuai untuk dijadikan kit pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan para pelajar kepada teknologi automasi yang digunakan di industri pada hari ini.